Pengumuman Trump tangguh pelaksanaan tarif dagangan melegakan – PM Anwar
PUTRAJAYA – Pengumuman penangguhan pelaksanaan tarif dagangan kepada kebanyakan negara bagi tempoh 90 hari oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sesuatu yang amat melegakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan, Malaysia antara negara yang terlibat dengan penangguhan itu.
“Malaysia terlibat. Melegakan sebentar,” katanya ringkas ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), di sini hari ini.
Terdahulu, pasaran saham global turut menunjukkan trend lonjakan berikutan pengumuman terbaharu itu.
Namun, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata, Trump akan tetap mengekalkan 10% tarif asas di kebanyakan negara sambil meningkatkan tindakan terhadap China.
Pada 3 April lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif mengenakan tarif timbal balik terhadap 49 negara, berkuat kuasa 9 April.
Selain Malaysia yang dikenakan tarif sebanyak 24 peratus, negara lain di rantau ASEAN turut terkesan termasuk Kemboja (49 peratus); Laos (48 peratus); Myanmar (45 peratus); Thailand (37 peratus); Indonesia (32 peratus); Brunei (24 peratus); dan Filipina (18 peratus).
Trump berkata, duti ad valorem tambahan ke atas import daripada rakan dagangan akan bermula pada kadar 10 peratus mulai Sabtu, dan meningkat sejurus selepas itu kepada kadar yang ditetapkan bagi negara masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








