BERITA SEMASA

PM jelaskan isu jajaran Malaysia-Indonesia pagi ini di Parlimen

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu jajaran sempadan Malaysia–Indonesia akan dijelaskan secara terperinci di Dewan Rakyat hari ini

Perdana Menteri berkata, penerangan itu akan dibuat dalam Sesi Penerangan Khas di Parlimen pukul 11.30 pagi ini.

“Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua, khususnya bagi memperbetulkan kekeliruan dan salah faham yang telah timbul dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan isu jajaran sempadan Malaysia dan Indonesia di Parlimen pagi ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menjelaskan bahawa pemuktamadan pengukuran sempadan darat melibatkan tiga kampung di Kalimantan Utara telah dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia pada 18 Februari 2025.

Beliau berkata, setiap pelarasan dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa serta koordinat geospatial yang tepat, hasil perundingan teknikal kedua-dua negara selama lebih 45 tahun dan bukan atas dasar konsesi politik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button