PRN Melaka: Meskipun tidak dicalonkan semula, Sulaiman sedia bantu kemenangan calon BN
AYER KEROH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Beliau berkata, pemilihan Abdul Hakim menandakan berakhirnya khidmat dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan selepas tiga penggal.
Bagaimanapun, beliau menegaskan komitmennya untuk terus membantu jentera parti bagi memastikan kemenangan BN, khususnya di DUN Lendu.
“Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada Abdul Hakim yang telah dipilih untuk menjadi calon BN bagi kawasan DUN Lendu.
“Selesai sudah tugas, tanggungjawab dan khidmat saya sebagai wakil rakyat di DUN Lendu ini selama tiga penggal. Insya-Allah, saya akan terus membantu jentera parti bagi memastikan kemenangan BN, terutamanya di DUN Lendu,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon BN yang dipilih untuk bertanding pada PRN kali ini serta mendoakan kejayaan mereka.
Semalam berlangsung Majlis Pelancaran Jentera BN dan pengumuman calon parti bagi PRN Melaka ke-16 berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha BN menerusi slogan “Gelombang Biru” bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








