Guru wanita jalin hubungan dengan pelajar dirakam keterangan
KUALA LUMPUR – Guru wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar berusia 17 tahun telah dipanggil polis untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keterangan daripada guru berusia 37 tahun itu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, dekat sini, kelmarin.
“Rakaman percakapan dengan guru berkenaan telah pun diambil. Suspek bagaimana tidak ditangkap.
“Selain suspek, beberapa individu lain termasuk saksi dan pengadu yang mempunyai maklumat mengenai hubungan guru dengan mangsa turut dirakam percakapan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Sehubungan itu, Wan Kamarul menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai kejadian itu.
Sebelum ini, ibu bapa kepada mangsa membuat laporan suspek melakukan cabul terhadap mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit.
Berdasarkan laporan itu, ibu mangsa mendakwa terdapat kesan lebam atau merah pada leher anak lelakinya selepas pulang dari ulang kaji subjek matematik bersama suspek.
Mangsa mendakwa dipeluk dan dicium oleh suspek.
Kejadian itu sebelum ini tular selepas salah seorang ahli keluarga mangsa memuat naik hantaran berhubung perbuatan suspek.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








