SPRM kemuka 13 syor tambahbaik tatakelola Labuan FSA dan Labuan IBFC
LABUAN – Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentangkan 13 syor penambahbaikan tatakelola terhadap Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) dan Labuan International Business and Financial Centre Incorporated Sdn. Bhd. (Labuan IBFC Inc.)
Penyiasatan tatakelola oleh BPT SPRM memberi tumpuan terhadap Pengurusan Tadbir Urus Korporat terhadap kedua-dua entiti dalam isu yang melibatkan aspek kewangan, polisi dan dasar serta pengurusan pentadbiran dalaman agensi.
Syor penambahbaikan tatakelola yang dicadangkan itu memberi penekanan kepada aspek ketelusan proses kerja, pemerkasaan mekanisme kawalan dalaman, pematuhan terhadap prosedur, pengurusan risiko, pemantauan yang lebih sistematik serta pengukuhan jejak audit bagi setiap keputusan dan tindakan yang dilaksanakan
Selain itu, syor yang dikemukakan turut menekankan kepentingan ketelusan dalam proses kerja, pemerkasaan mekanisme kawalan dalaman, pematuhan terhadap prosedur, pengurusan risiko serta pemantauan yang lebih sistematik.
Ia turut merangkumi pengukuhan jejak audit bagi setiap keputusan dan tindakan yang dilaksanakan bagi memastikan urusan pengurusan, pentadbiran dan pembuatan keputusan dilaksanakan secara jelas, teratur dan telus.
Langkah itu juga penting bagi memastikan mekanisme semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan berkesan, selain memperkukuh tahap akauntabiliti dalam pengurusan organisasi.
Kesemua syor berkenaan dibentangkan oleh Ketua Cawangan Task Force BPT SPRM, PPj Fadlyzal Mohd Zain di Kasumiga Labuan FSA, Financial Park Complex, di sini hari ini.
Persetujuan itu dizahirkan menerusi pemeteraian Laporan Penambahbaikan Tatakelola yang ditandatangani bersama antara Timbalan Pengarah II BPT SPRM, Norazlina Abd Rahim; Pengarah Urusan Labuan FSA, Affendi Rashdi; dan Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC Inc., Ben Quah.
Hadir sama, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Muhammat Azis Malmod.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








