BERITA SEMASA

Budak lelaki tujuh tahun lemas jatuh parit di Labu Kubong

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Chenderong Balai, Labu Kubong dekat Teluk Intan, semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke parit sedalam dua meter dalam kejadian sekitar jam 5 hingga 6 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah malam.

“Penduduk kampung terlebih dahulu cuba mencari mangsa namun tidak berjaya. Pencarian anggota bomba akhirnya menemui mangsa di dasar air, kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi pencarian ditamatkan pada jam 4.10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button