BERITA SEMASASUKAN

Peguam wakili Faisal Halim harap ada perkembangan kes simbah asid

SHAH ALAM – Peguam yang mewakili Faisal Halim, Mohd Haijan Omar menzahirkan harapan agar pihak polis dapat memberikan perkembangan terkini berhubung kes simbahan asid yang menimpa anak guamnya.

Menurut Mohd Haijan, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada pihak polis bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan kes tersebut.

“Kami akan merangka (beberapa rancangan) bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kes ini.

“Kes ini sudah sebulan berlaku dan pengadu (Faisal Halim) berhak mengetahui perkembangan kesnya,” katanya dalam sidang satu sidang media di Pusat Latihan Selangor FC di sini, hari ini.

Terdahulu, Faisal yang merupakan pemain sayap Kebangsaan mengadakan sidang media pertamanya selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Pemain Selangor FC itu disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali dan terpaksa menjalani empat pembedahan bagi merawat kesan lecur tahap empat dialaminya.

Dalam sidang media yang sama, Faisal berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut, sekali gus mencari pelaku serangan.

“Saya berharap pihak polis akan lakukan kerja dengan baik dan saya serahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis,” katanya selepas ditanya mengenai saranan kepada PDRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button