JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki hilang di kawasan rimba sejak dua minggu, polis giat kesan Cheah Yew Wei

PETALING JAYA – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 15 Mac lalu dan memohon bantuan orang ramai bagi menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, laporan kehilangan Cheah Yew Wei, 33, diterima pada pukul 9.52 pagi, 25 Mac lalu.

Menurut beliau, lelaki itu kali terakhir dilihat berada di kawasan rimba, Kota Damansara kira-kira pukul 8 malam pada 15 Mac.

“Lelaki berkenaan berketinggian kira-kira 178 sentimeter, dengan berat badan sekitar 100 kilogram serta berkulit cerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Roszaidi Abdul Talib di talian 019-377 8383 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button