
MCMC terima anugerah ‘Program Induksi Metaverse Berbilang Pemain Pertama’ MBOR
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) hari ini menerima pengiktirafan sebagai ‘Program Induksi Metaverse Berbilang Pemain Pertama’ daripada Malaysia Books of Records (MBOR).
Majis pengiktirafan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din; Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Jwan Heah dan para pegawai MCMC dan MBOR.
Untuk rekod, Program Induksi Metaverse Berbilang Pemain yang dilancarkan pada Februari 2024 ini turut dikenali sebagai MetaHRise dan merupakan inovasi digital bagi membantu pekerja yang baharu menyertai MCMC.
MetaHRise menawarkan pengenalan yang komprehensif kepada fungsi Suruhanjaya, aktiviti kawal selia dan inisiatif melalui pengalaman yang lebih mendalam.
Program ini turut menampilkan persekitaran ruang pembelajaran maya yang dipanggil Connect Hub, yang direka untuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan untuk kakitangan SKMM.
Selain itu, program ini mampu meningkatkan lagi pembinaan pasukan melalui permainan maya menerusi aktiviti menguji pengetahuan, memupuk kerja berpasukan dan meningkatkan penglibatan pekerja.
Walaupun dilancarkan hanya beberapa bulan lalu, MetaHRise telah berjaya membawa Suruhanjaya ke hadapan, hingga MCMC dinamakan sebagai ‘Agensi Transformatif Tahun Ini’ di Festival Anugerah Inovasi 2024 oleh GovInsider.
Penghargaan ini menyerlahkan komitmen MCMC terhadap inovasi digital dan usaha berterusannya dalam meningkatkan kecekapan operasi dan penglibatan pekerja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








