Sultan Ibrahim terima darjah kebesaran awam tertinggi Jordan
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Hasyimiah Jordan, ‘The Collar of Hussein Ibn Ali’, daripada Raja Jordan, Raja Abdullah II.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, di sini, selepas pertemuan empat mata antara Sultan Ibrahim dan Raja Abdullah II di Dewan Seri Negara.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung bersempena Lawatan Negara Raja Abdullah II ke Malaysia, hari ini.

Darjah ‘The Collar of Hussein Ibn Ali’ diwujudkan menerusi titah Diraja Jordan pada 22 Jun 1949 dan dikurniakan kepada raja-raja, ketua negara serta ketua kerajaan yang diperkenankan oleh Raja Jordan.
Istiadat mewasalkan darjah kebesaran itu disempurnakan di Istana Negara ketika pertemuan Sultan Ibrahim dan Raja Abdullah II bersama delegasi Malaysia dan Jordan.
Pada istiadat sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada Raja Abdullah II sebagai tanda penghormatan serta usaha memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








