BERITA SEMASADALAM NEGERI

Agong berkenan pandu sendiri Proton Satria Neo ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025

PUTRAJAYA – Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo berwarna biru bernombor pendaftaran WWW1, bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menjadi detik istimewa pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pagi ini.

Bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, edisi ke-68 sambutan itu diraikan penuh meriah dan warna-warni, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan nasional yang terus utuh dengan kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai lapisan.

Acara dimulakan dengan ketibaan dif-dif kehormat seawal 6.30 pagi sebelum kemuncak keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 8 pagi, diikuti pelbagai persembahan, acara istiadat serta perarakan melambangkan kekuatan rakyat dan negara.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; barisan menteri Kabinet termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta perwakilan asing.

Sambutan berprestij itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, diiringi upacara menaikkan Jalur Gemilang dan 14 das tembakan kehormatan yang dilepaskan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Hafizan Mat Ghani.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button