BERITA SEMASA

Agong berangkat ke Moscow hadiri sambutan Hari Kemenangan Rusia

SENAI – Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow, Rusia atas jemputan khas kerajaan negara itu bagi menghadiri sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan yang dijadual berlangsung pada 9 Mei ini.

Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira jam 8 pagi tadi.

Jemputan khas yang disampaikan oleh Vladimir Putin itu mencerminkan hubungan diplomatik erat serta pengiktirafan tinggi Kerajaan Persekutuan Rusia terhadap Malaysia.

agong
Agong berangkat ke Moscow hadiri sambutan Hari Kemenangan Rusia

Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi beberapa kenamaan yang hadir bagi mengucapkan selamat berangkat, antaranya Tunku Temenggong Johor dan Tunku Putera Johor.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad.

Selain itu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan pegawai-pegawai kerajaan negeri turut hadir pada majlis berkenaan.

Sambutan Hari Kemenangan di Rusia merupakan acara tahunan penting yang memperingati kejayaan negara itu dalam Perang Dunia Kedua serta menjadi simbol kekuatan dan perpaduan nasional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button