BERITA SEMASALUAR NEGARA

Yang di-Pertuan Agong lawat kilang helikopter di Kazan

KAZAN – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan melawat Kazan Helicopter Plant (KHP), salah satu pengeluar helikopter terbesar di dunia, hari ini.

Baginda diiringi oleh Presiden Republik Tatarstan, Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov dalam lawatan yang menjadi sebahagian daripada Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia.

“Baginda disambut Ketua Pengarah, Nikolay Yakovlev, sebelum dipersembahkan taklimat mengenai proses pembuatan dan teknologi terkini dalam penghasilan helikopter pelbagai kegunaan, termasuk komersial, ketenteraan dan misi penyelamatan,” menurut kenyataan Istana Negara malam ini.

Sultan Ibrahim berkenan melawat Kazan Helicopter Plant (KHP) iaitu salah satu pengeluar helikopter utama di Rusia dan dunia, beribu pejabat di Kazan, Republik Tatarstan.

Sultan Ibrahim turut berkenan meninjau operasi pemasangan dan ujian kualiti yang dijalankan di fasiliti tersebut.

Sultan Ibrahim kini dalam lawatan ke Rusia sejak 5 Ogos lalu atas jemputan Presiden Vladimir Putin.

Republik Tatarstan adalah sebuah wilayah autonomi dalam Persekutuan Rusia yang berpusat di ibu kota Kazan dengan jarak 800 kilometer dari Moscow.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button