Muhyiddin bekas PM pertama didakwa di bawah Akta Hasutan
GUA MUSANG – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dituduh di Mahkamah Sesyen Gua Musang di sini, hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Ia susulan ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, awal bulan ini.
Pendakwaan yang dikenakan terhadap Presiden Bersatu itu menjadikan beliau bekas Perdana Menteri pertama yang dituduh mengikut akta berkenaan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin Yassin yang disiasat mengikut Akta Hasutan susulan ceramahnya berkait Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK DUN Nenggiri, baru-baru ini akan didakwa hari ini mengikut
mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Sebanyak 30 laporan polis telah dibuat ke atas Muhyiddin dan seramai 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Sehubungan dengan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah murka dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang memperlekeh serta mempertikai peranan
Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Tengku Hassanal bertitah, kenyataan Muhyiddin itu sebagai memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri ke-10.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








