BERITA SEMASADALAM NEGERI

Agong berkenan sertai program ‘brisk walk’ 2.5km bersama warga Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyertai program brisk walk bersama warga Istana Negara, sebagai inisiatif murni untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan institusi tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, aktiviti santai itu turut menjadi wadah mempererat hubungan silaturahim antara Seri Paduka dengan para pegawai dan kakitangan Istana Negara.

Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter kawasan Istana Negara dalam program berkenaan.

Program tersebut dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) telah disertai lebih 200 individu terdiri daripada pegawai serta kakitangan Istana Negara, anggota pasukan keselamatan istana dan petugas pengurusan fasiliti.

Baca juga : DBKL bersihkan Jalan Gallagher susulan teguran Yang di-Pertuan Agong

Turut sama menyertai acara itu ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Tan Sri Azmi Rohani; Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Pengerusi KEKSIN, Zulkifly Yunus serta beberapa pegawai kanan Istana Negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button