Waspada lambakan minyak zaitun extra virgin di pasaran – Zouitina Prestige
MINYAK zaitun terutamanya yang ‘berlabel’ extra virgin mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesan kesihatan, kecantikan dan kegunaan harian.
Antara kebaikan yang umum diketahui adalah bagus untuk jantung, meningkatkan fungsi otak, anti-radang, mengurangkan risiko Alzheimer, membantu pencernaan, mengawal gula dan banyak lagi.
Namun pengguna di seluruh dunia kini terdedah dengan banyak produk minyak zaitun yang tidak tulin dan membahayakan kesihatan jangka panjang.
Kebanjiran produk minyak zaitun palsu di pasaran Malaysia membuatkan Olive Jardin Sdn Bhd, syarikat pengedar minyak zaitun extra virgin olive oil (EVOO) jenama Zouitina Prestige terpanggil untuk berkongsi perbezaan antara minyak zaitun palsu dan asli.
Ketua Pegawai Eksekutif Olive Jardin Sdn Bhd, Muhd Shakir As-Salam berkata, antara syarat utama adalah pematuhan piawaian Majlis Zaitun Antarabangsa (IOC) selaku badan antarabangsa yang berkecuali dan tidak berkepentingan.
Katanya, minyak zaitun yang dipasarkan wajib melepasi piawai kualiti berdasarkan Ujian Organoleptik dan Ujian Analisis Kimia.
“Kedua-dua ujian ini perlu bagi membolehkan minyak zaitun tersebut diberi gred extra virgin olive oil (EVOO), virgin olive oil (VOO) atau lampante olive oil (LOO).
“Namun pemalsuan label minyak zaitun, terutama penyalahgunaan label EVOO untuk minyak zaitun gred rendah seperti Lampante amat dikesali.
“Ini kerana minyak zaitun Lampante ditafsirkan oleh IOC sebagai tidak sesuai untuk pemakanan. Namun disebabkan kurang pengetahuan, ramai yang tertipu kerana boleh dikatakan 95 peratus minyak zaitun EVOO di Malaysia adalah palsu.
“Pemalsuan gred minyak ini memberi kesan yang sangat negatif pada kesihatan,” katanya.
Antara ciri-ciri lain yang dapat digunakan untuk mengenal pasti keaslian minyak zaitun adalah baunya yang segar dan mempunyai rasa pahit di pangkal lidah serta terasa sedikit pedas ketika ditelan.

Menurut Muhd Shakir, dari segi pengkelasan, IOC menafsirkan minyak zaitun di dalam kelas EVOO sebagai yang paling berkualiti diikuti oleh VOO, manakala LOO dianggap sebagai minyak zaitun yang tidak selamat untuk dimakan.
Jelasnya, memandangkan aspek kualiti dan gred minyak zaitun diwujudkan oleh IOC, maka seharusnya setiap syarikat atau individu yang mengedar produk di pasaran perlu mendapatkan label berdasarkan panduan IOC.
Ujar Muhd Shakir, selaku pengedar minyak zaitun EVOO di Malaysia, Zouitina Prestige memberi jaminan produk dengan penelitian kualiti yang ketat terhadap aspek ketulenan dan kualiti.
Katanya, menyedari kepentingan penilaian itu, pihak Olive Jardin Sdn. Bhd. telah mengambil langkah awal mengadakan bengkel penilaian sensori kepada rakan-rakan niaga pada awal tahun ini.
Olive Jardin kini merupakan pengedar tunggal minyak zaitun dari Magribi berjenama Zouitina bagi pasaran Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
“Manfaat minyak zaitun EVOO yang tulen dan asli diketahui amat berkesan dalam pencegahan pelbagai penyakit terutama berkaitan kardiovaskular,” katanya.
Sasar 200 rakan niaga, jualan 170,000 botol tahun ini

Muhd Shakir berkata, pada tahun lalu syarikatnya berjaya menjual 120,000 botol minyak zaitun di negara ini dan mensasarkan jualan sebanyak 170,000 botol pada 2025.
Sementara itu, Ketua Bahagian R&D Olive Jardin, Dr Suhana Samat berkata, produk Zouitina Prestige telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam World’s Top 100 Extra Virgin Olive Oil dan dinobatkan sebagai The Best Moroccan Extra Virgin Olive Oil di EVOOLEUM 2023, Sepanyol.
“Jenama itu juga memenangi pelbagai anugerah di New York, Athena, Los Angeles, Itali, Jepun, China dan Maghribi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















