Agong berkenan terima taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima taklimat berhubung perkembangan terkini pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil dalam satu sesi menghadap di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
Taklimat berkenaan memperincikan kemajuan kerja pembinaan masjid yang dibangunkan hasil peninggalan wang anakanda Seri Paduka Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang mangkat pada 5 Disember 2015.
“Masjid yang dibina di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah,” menurut hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad yang mempersembahkan laporan kemajuan projek berkenaan.
Turut hadir pada sesi tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Radzi Mohd. Amin; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Nasri Ali serta Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Ir. Zainal Tumian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








