Agong terima mengadap Panglima Tentera Udara, Menteri Agama
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Baginda, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara.
Hadir sama, Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Khusairi Ahmad Fadli.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Menerusi hantaran berbeza, baginda berkenan dipersembahkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















