BERITA SEMASA

Blade antara 22 Ahli MAIWP yang terima watikah pelantikan daripada Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 22 Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu istiadat di Istana Negara, semalam.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan itu berlangsung di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara dengan turut dihadiri barisan kepimpinan baharu majlis berkenaan.

Antara penerima watikah pelantikan ialah Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer sebagai Pengerusi MAIWP dan Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP.

Turut menerima pelantikan sebagai Ahli MAIWP ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus atau lebih dikenali sebagai Blade; Datuk Abd Shukor Mahmood, Datuk Anas Ahmad Zakie, Ahmad Fauwaz Fadzil, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Tan Sri Azman Mokhtar.

Selain itu, Datuk Seri Dr Yusof Ismail, Datuk Norashiken Ishak, Datuk Munir Md Salleh serta Datuk Seri Amrin Awaluddin turut dikurniakan watikah pelantikan sebagai Ahli MAIWP.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button