BERITA SEMASA

Azmi Rohani dilantik sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan melantik Tan Sri Azmi Rohani sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Azmi memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun, bermula sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Muar pada 1992.

Jawatan terakhir beliau adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang disandang sejak 1 Januari 2017.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki, beliau dapat memperkukuhkan pentadbiran Istana Negara dan melaksanakan peranan sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja dengan cemerlang dalam membantu serta menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi, 59, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Ekonomi dan Pengurusan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button