PM sampaikan amanat supaya KSN junjung tinggi prinsip tatakelola
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat supaya Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar menjunjung tinggi prinsip tatakelola dalam menggalas amanah.
Perdana Menteri berkata, Shamsul Azri perlu bekerja keras untuk memastikan dasar-dasar kerajaan berjalan dengan baik untuk memastikan kemakmuran rakyat dan negara.
“Perbincangan kami turut menyentuh mengenai struktur gaji baharu penjawat awam yang bakal diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan dalam pembentangan Belanjawan 2025, InsyaAllah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.
Sementara itu, Shamsul Azri dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, pertemuan bersama Perdana Menteri itu telah dimanfaatkan dengan mendengar amanat Perdana Menteri berkaitan reformasi perkhidmatan awam, pengukuhan tatakelola dan sinergi strategik awam-swasta.
Shamsul dilantik sebagai KSN ke-16 berkuasa kuasa semalam bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








