BERITA SEMASA

Dua kanak-kanak hilang ditemukan lemas di empangan Taman Scientex Pasir Gudang

PASIR GUDANG – Misteri kehilangan dua kanak-kanak lelaki sejak petang semalam berakhir tragis apabila kedua-duanya ditemukan lemas di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Haikal Ramzi Mohamad Khairudi, 12, dan Adam Sahari, 11.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan 1 Haizrul Rahmad berkata, mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada pukul 2.12 pagi oleh pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada kedalaman kira-kira dua meter dan tiga meter dari tebing.

Beliau berkata, mangsa kedua berusia 11 tahun pula ditemukan pada pukul 2.33 pagi di kedalaman dua meter dan kira-kira 4.5 meter dari tebing.

“Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.36 malam sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian dan didapati benar terdapat dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

“Bapa mangsa memaklumkan kedua-duanya dikhuatiri lemas di kawasan empangan selepas sebuah basikal dan selipar milik mangsa ditemukan di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan maklumat itu, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

Katanya, operasi membabitkan 19 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Skudai dengan kekuatan logistik dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT), sebuah Rapid Rescue Vehicle (RRV) dan sebuah pacuan empat roda (Hilux).

Sementara itu, keluarga kedua-dua mangsa hadir ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pagi ini bagi menuntut kedua-dua jenazah

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button