LUAR NEGARA

Tujuh maut kereta lumba drag terbabas, rempuh penonton di Sulawesi Utara

JAKARTA – Tujuh penonton maut manakala sembilan lagi cedera parah selepas sebuah kereta yang menyertai perlumbaan drag terbabas dan merempuh orang ramai di Kotamobagu, Sulawesi Utara, Indonesia, semalam.

Kemalangan berlaku ketika perlumbaan Kejohanan Kotamobagu 2026 yang berlangsung di Jalan AP Mokoginta, daerah Kotamobagu Timur.

Menurut laporan Jakarta Globe, kejadian membabitkan sebuah Honda Jazz dipandu Tian Ngantung daripada pasukan Pangeran 05 Mcloe dalam kategori free-for-all.

Laporan awal menyatakan, kereta berkenaan berjaya melengkapkan perlumbaan tanpa sebarang masalah sebelum hilang kawalan sejurus melepasi garisan penamat.

Kenderaan itu dipercayai gagal diperlahankan ketika memasuki zon membrek sepanjang kira-kira 100 meter sebelum tersasar keluar dari litar dan merempuh penonton yang berada di tepi jalan.

Pihak berkuasa tempatan dan penganjur mengesahkan bahawa tujuh mangsa disahkan meninggal dunia, manakala sembilan lagi cedera parah dan menerima rawatan di hospital.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kotamobagu 2026, Lucky Sugeha berkata, pihaknya akan bertanggungjawab terhadap kesan kemalangan berkenaan, termasuk menanggung kos rawatan mangsa yang masih dirawat.

Susulan kejadian itu, perlumbaan berkenaan dihentikan serta-merta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button