BERITA SEMASALUAR NEGARA

18 anggota polis Indonesia didakwa peras ugut rakyat Malaysia telah ditahan

JAKARTA – Seramai 18 anggota polis indonesia ditahan selepas disyaki memeras ugut warga Malaysia semasa menghadiri konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) di Kemayoran, Jakarta Utara.

Penahanan itu disahkan Ketua Biro Penerangan Awam, Brigadier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andik, yang menyatakan anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat dan Balai Polis Kemayoran.

“Anggota ini telah ditahan oleh Bahagian Profesional dan Keselamatan (Propam) untuk siasatan lanjut,” katanya memetik laporan Bernama.

Terdahulu, beberapa aduan daripada warga Malaysia yang mendakwa mereka dianiaya dan diperas sepanjang acara itu tular di media sosial.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku anggota kami,” tegas Trunoyudo, sambil menambah bahawa perkembangan lanjut akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Menurut dakwaan, warga Malaysia itu dipaksa menjalani ujian air kencing, diminta menunjukkan pasport dan diminta membayar sejumlah wang, walaupun keputusan ujian dadah mereka negatif.

Konsert DWP selama tiga hari di Jakarta International Expo yang dianjurkan oleh Ismaya Live, sebahagian daripada Ismaya Group, tamat pada 15 Disember dan merupakan antara festival muzik elektronik terbesar di Asia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button