Letupan kuat di Ipoh bukan berpunca dari aktiviti kuari, latihan polis
IPOH – Bunyi letupan kuat dan gegaran di sekitar bandar ini pada pagi tadi bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan polis seperti didakwa nitizen di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semakan yang dibuat dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan penggunaan bahan letupan atua senjata dijalankan.
Selain itu katanya, semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada aktiviti letupan dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari tadi.
“Semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mendapati daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.
“Polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azizi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073 untuk membantu siasatan.
Gegaran dan bunyi letupan kuat kira-kira pukul 11 pagi tadi tular di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan nitizen.
Ada yang mendakwa kejadian seumpama itu bukan kali pertama kerana pernah berlaku pada tahun 2018 dan tidak diketahui punca sehingga hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








