BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH
Ahli perniagaan dibebas selepas tebusan RM20 juta dibayar
JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan menerima laporan berkenaan kes seorang ahli perniagaan lelaki warga tempatan yang dibebaskan selepas diculik pada Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian selepas suspek dibebaskan dengan tebusan RM20 juta.
Memetik akhbar China Press , ahli perniagaan berusia 59 tahun itu dilaporkan diculik ketika sedang menunggu perkhidmatan e-hailing untuk ke lapangan terbang pada pukul 5 pagi Ahad lalu.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke luar negara bagi urusan perniagaannya.
Sehubungan itu, M Kumar menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat mengenai kejadian tanpa butiran yang sah.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








