BERITA SEMASA

Polis minta pemilik video dakwa cubaan culik di Genting tampil bantu siasatan

GENTING HIGHLANDS – Polis Bentong meminta pemilik video tular yang mendakwa berlaku cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, video berdurasi 18 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok menggunakan nama pengguna @awiegerbangmalam dan dikesan tular pada pukul 8.30 malam Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati tiada laporan polis dibuat berkaitan kejadian seperti yang didakwa setakat semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru individu terbabit atau mana-mana pihak yang mengalami kejadian sama supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Menerusi hantaran di TikTok, individu berkenaan mendakwa dua anaknya berusia empat dan tujuh tahun hampir menjadi mangsa cubaan culik ketika berada di pusat peranginan tersebut.

Beliau turut mendakwa mengenal pasti tiga individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan termasuk seorang wanita dipercayai warga asing.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan panik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button