LUAR NEGARA

AS tamatkan bantuan ketenteraan kepada Israel mulai hujung tahun ini – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan negaranya akan menamatkan bantuan ketenteraan kepada Israel menjelang akhir tahun 2026.

Menurut Al-Jazeera, Trump berkata demikian dalam satu temu bual telefon menerusi rancangan Fox & Friends terbitan Fox News.

Dalam temubual itu, Trump memberitahu beliau mencapai persetujuan itu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Sekarang, mengenai pembayaran kepada Israel, Bibi Netanyahu dan saya telah membuat perjanjian bahawa kami memberi Israel AS$4 bilion (RM16.3 bilion) setahun, dan kami telah mencapai persetujuan beberapa bulan lalu bahawa kami akan menghentikannya,” kata Trump.

Beliau menyatakan kedua-dua pihak bersetuju pemotongan tersebut akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Apabila ditanya mengapa AS menghentikan bantuan kepada Israel, Trump berkata: “Kerana mereka tidak memerlukannya.”

“Sekiranya mereka memerlukannya, saya akan katakan ‘teruskan’,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button