BERITA SEMASA

Malaysia Day 2026 perkukuh jaringan perdagangan Malaysia-China

NANNING – Peluang memperluas pasaran syarikat Malaysia ke China menjadi antara tumpuan penganjuran Malaysia Day: A Symphony of Culture, Trade and Flavours yang menghimpunkan wakil kerajaan, komuniti perniagaan dan pemain industri kedua-dua negara di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-China menerusi kerjasama perdagangan, pelancongan, kebudayaan serta hubungan antara rakyat.

Berlangsung di Na Lotus Hotel, Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Republik Rakyat China, acara berkenaan turut membuka ruang kepada syarikat tempatan memperkenalkan produk, perkhidmatan dan kepakaran masing-masing kepada komuniti perniagaan di wilayah berkenaan.

Antara syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran perdagangan dan perkhidmatan ialah NKMH Media Sdn Bhd yang memperkenalkan kepakaran dalam perancangan media strategik, pemasaran digital, pengiklanan programatik berasaskan data dan kecerdasan buatan (AI).

Syarikat itu turut mengetengahkan perkhidmatan penerbitan kandungan kreatif serta komunikasi jenama bersepadu bagi membuka peluang kerjasama rentas sempadan.

Penyertaan berkenaan juga menjadi platform untuk NKMH Media meneroka potensi membantu jenama Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, selain menyokong syarikat China yang mahu mengembangkan kehadiran perniagaan mereka di Malaysia.

Selain aspek perdagangan, program itu turut mengetengahkan kepelbagaian warisan budaya negara menerusi persembahan tarian tradisional oleh Akarseni Malaysia Entertainment.

Pengunjung turut disajikan persembahan nyanyian dan deklamasi puisi dalam Bahasa Melayu oleh pelajar universiti tempatan dari China.

malaysia day
enganjuran Malaysia Day 2026 menghimpunkan pelbagai aktiviti kebudayaan, perdagangan dan promosi makanan Malaysia di Nanning, China.

Penglibatan pelajar Universiti Guangxi Minzu dalam persembahan berkenaan mencerminkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara melalui pertukaran bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

Dalam opada itu, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis China bagi Penggalakan Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Puan Yang Yangyan selaku tetamu kehormat.

Aspek gastronomi Malaysia turut menjadi tarikan apabila pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hidangan tradisional seperti nasi lemak, roti canai, sate, popiah, samosa dan teh tarik.

Demonstrasi penyediaan pankek durian ala Malaysia secara langsung turut diadakan bagi memperkenalkan keunikan sajian tempatan kepada masyarakat di Guangxi.

Hubungan diplomatik Malaysia-China yang terjalin sejak 1974 terus berkembang menerusi pelbagai kerjasama strategik termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pertukaran kebudayaan.

Wilayah Guangxi pula mempunyai kedudukan strategik sebagai antara pintu masuk utama yang menghubungkan China dengan negara ASEAN, sekali gus menyediakan peluang untuk memperluas hubungan perdagangan dan kerjasama serantau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button