LUAR NEGARA

Intip pemimpin negara, Mabes POLRI tahan pegawai kanan berpangkat Jeneral

JAKARTA – Pihak Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia (Mabes POLRI) dilaporkan menahan beberapa pegawai kanannya termasuk yang berpangkat Jeneral kerana disyaki melakukan pintasan perbualan para pemimpin tertinggi negara.

Laporan media Indonesia yang memetik kenyataan Ketua Bahagian Perhubungan Awam POLRI, Irjen Pol. Johnny Edizon Isir sebagai berkata, pihaknya masih meneliti dan mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.

“Kami belum dapat mendedahkan identiti mahupun jumlah pegawai yang dimaksudkan dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, laporan portal Afu.id yang memetik sumber mendedahkan antara ditahan termasuk pegawai kanan yang dinamakan sebagai suspek iaitu Irjen AS, EH, NS, serta seorang jeneral berbintang tiga (Komjen) berinisial A.

Operasi penahanan tersebut dipercayai dilaksanakan oleh Bahagian Profesion dan Keselamatan (Divpropam) Mabes POLRI antara pukul 1.00 pagi hingga 3.00 pagi tadi (waktu tempatan).

Operasi tersebut dikatakan dilaksanakan susulan siasatan pihak Mabes POLRI yang mengesan aktiviti pintasan terhadap pegawai tinggi negara.

“Antara individu yang diintip termasuk Presiden Prabowo Subianto dan Setiausaha Kabinet (Seskan) Teddy,” kata sumber berkenaan lagi.

Sumber tersebut turut mendedahkan, aktiviti pintasan itu dijalankan dari sebuah kediaman di Kompleks Widya Chandra, iaitu kawasan perumahan rasmi bagi pegawai tinggi negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button