JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru suspek kes tikam lelaki hingga mati

CYBERJAYA – Polis sedang menggiatkan usaha memburu suspek kes bunuh seorang lelaki yang ditemukan maut akibat ditikam dalam kejadian di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Perak Tengah, Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 5.49 pagi tadi.

Siasatan awal mendapati, mangsa warga tempatan berusia 29 tahun dipercayai mengalami kecederaan akibat ditikam ketika pergaduhan dengan seorang lelaki yang sudah dikenal pasti.

“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik tempatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataanm hari ini.

Beliau menambah, siasatan lanjut mendapati, suspek lelaki melarikan diri daripada tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira hitam bernombor pendaftaran WGX 3707.

Katanya, polis giat mengesan suspek dikenali sebagai Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30, beralamat terakhir di Kampung Guntur Tenggek, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Murugan Suppiah di talian 012 6992784 atau Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di 019 6751267, atau menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button