UMPSA siasat penyebaran naratif berunsur 3R, tindakan tegas diambil jika bersalah
KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kini sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan di media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) dengan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang didapati bersalah.
Dalam satu kenyataan hari ini, UMPSA memaklumkan, pihaknya memandang serius kandungan yang dimuat naik menerusi akaun milik seorang individu yang dikaitkan dengan universiti itu sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam.
“UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian. Sentimen 3R ini tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti.
“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah,” menurut kenyataan tersebut.
UMPSA menjelaskan bahawa sebarang tindakan akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024.
Pada masa sama, universiti berkenaan mengingatkan seluruh warganya supaya sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial.
BACA JUGA:
Pijak al-Quran: Penuntut IPTA mohon maaf, dakwa dipengaruhi perasaan dendam
“Warga UMPSA diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara,” katanya.
Terdahulu, tular di laman Thread berhubung tindakan seorang lelaki dipercayai bukan Islam dan dikatakan pelajar UMPSA yang memuat naik hantaran gambar memijak al-Quran.
Tindakan lelaki yang menggunakan akaun ‘Vikneswaran0102’ itu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen di media sosial sejak malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















