Polis tahan wanita disyaki tikam ibu
KAMPAR – Polis menahan seorang wanita kerana disyaki menikam ibunya sendiri dalam kejadian di Laluan Kledang Utara 6, Taman Wang, Menglembu, di Ipoh, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan dengan satu kesan tikaman di dada.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada menantu mangsa pada kira-kira pukul 7 malam.
“Difahamkan, warga emas itu yang terlantar dan memerlukan penjagaan rapi baru diambil dari pusat jagaan orang tua di Pusing dan dijaga oleh anak perempuan serta menantunya, dan anaknya itu mempunyai rekod rawatan psikiatri.
“Kita telah menahan suspek dan akan direman hingga 4 Okt ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, di sini hari ini.
Mohd Alwi menambah, pihaknya turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






