JENAYAH & MAHKAMAH

Halang laluan trafik, polis tahan dua lagi suspek

REMBAU – Polis telah menahan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menghalang lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran hentian sebelah Pedas-Linggi.

Menruut Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain, dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, tengah malam tadi.

“Kedua-dua suspek dipercayai berada dalam kenderaan yang dilihat menghalang lalu lintas dalam video tular berkenaan.

“Mereka ditahan selepas tampil menyerah diri secara sukarela.

“Setakat ini tiada barangan dirampas dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan sebenar mereka dalam kejadian,” katanya, hari ini.

Related Articles

Hasani turut memberitahu, kedua-dua suspek direman hingga 7 Julai, manakala seorang lagi suspek yang ditahan lebih awal direman hingga 8 Julai.

“Kami sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya masih mengesan beberapa individu lain, dipercayai merupakan ejen penarik kereta yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Laporan media sebelum ini menyebut, tiga buah kereta dirakam secara jelas menghalang semua lorong lebuh raya di lokasi berkenaan.

Tindakan berbahaya itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas video kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button