JENAYAH & MAHKAMAH

2 rakyat Malaysia cedera di Tak Bai bukan sasaran serangan – Polis Thailand

KOTA BHARU – Polis Thailand percaya dua rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan bom di Tak Bai, Narathiwat, semalam bukan sasaran sebenar serangan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha, pihaknya percaya serangan itu didalangi anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN), sebuah kumpulan pemisah yang aktif di selatan Thailand.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati alat letupan buatan sendiri (IED) itu dipercayai dipasang untuk menyasarkan kenderaan lain.

“Ketika kejadian, terdapat beberapa kenderaan di jalan berkenaan. Dua rakyat Malaysia itu bukan sasaran sebenar.

“Kenderaan mereka memotong kenderaan yang menjadi sasaran sebelum letupan berlaku,” katanya, menurut NST.

Semalam, dua rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan IED tersebut.

Abdullah mengalami kecederaan akibat serpihan pada dahi, kecederaan parah pada kaki kiri serta kecederaan di kepala, manakala Yusri mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa pada awalnya menerima rawatan di Hospital Narathiwat dan sudah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu hari ini untuk rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button