BERITA SEMASA

Anggota tentera meninggal dunia disyaki akibat didera

KUCHING – Seorang anggota tentera meninggal dunia disyaki akibat ‘didera’ anggota senior di sebuah kem di Miri, awal pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan kejadian itu, namun tiada butiran lanjut mengenai penahanan anggota senior dilakukan bagi tujuan siasatan, lapor BH Online.

Laporan itu menyebut, anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan dalaman di Hospital Miri.

Menurut sumber, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan dua anggota senior untuk bersahur pada pukul 2.15, kelmarin.

Namun sebelum bersahur, dua anggota senior itu difahamkan mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’ selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.

Mangsa yang berpeluh kemudian berdiri, namun terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Ketua bilik bujang itu kemudian menghantar anggota ke Hospital Miri, namun mangsa disahkan meninggal dunia pukul 3.05 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button