JENAYAH & MAHKAMAH

Polis berjaya kenal pasti suspek serang dua wanita di surau

PETALING JAYA – Polis berjaya mengenal pasti lelaki yang menyerang dua wanita menggunakan pisau rambo di kawasan surau Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya, dekat sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya, kini menggiatkan usaha mengesan suspek terbabit.

“Pihak polis memperoleh satu rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berhampiran tempat kejadian yang menunjukkan kereta dinaiki suspek meninggalkan kawasan surau selepas kejadian berlaku.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, pasukan operasi sedang berusaha menangkap suspek terbabit. Setakat ini, kita masih belum mengenal pasti motif serangan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 1.45 tengah hari semalam, suspek dipercayai warga tempatan bersenjatakan pisau rambo menikam seorang jurujual wanita berusia 26 tahun dan guru besar berusia 52 tahun dalam kawasan SRA di Kelana Jaya.

Berdasarkan siasatan awal polis, kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengenali suspek.

Shahrulnizam berkata, pihak polis sudah merakam percakapan tujuh saksi bagi membantu siasatan, sekali gus mengenal pasti suspek terbabit.

Sementara itu, seorang daripada mangsa iaitu guru besar sekolah dibenarkan keluar hospital dan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, untuk membantu siasatan, manakala seorang lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button