JENAYAH & MAHKAMAH

Beri sisa makanan kepada gelandangan, tiga remaja dibebas dengan jaminan polis

SEREMBAN – Tiga remaja lelaki yang ditahan susulan kes memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan telah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kejadian itu berlaku di daerah ini dan kesemua mereka dengan seorang daripadanya berstatus juvana ditangkap polis kelmarin di Johor serta direman pada hari sama.

BACA JUGA:
MCMC siasat video pempengaruh didakwa beri sisa makanan kepada gelandangan
MCMC rakam keterangan tiga pempengaruh

“Kita ada buat tangkapan di Johor ke atas tiga remaja lelaki berusia antara 14 hingga 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes tular yang berlaku di daerah ini.

“Reman selama dua hari bermula kelmarin, namun kesemua mereka sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam selepas dirakam keterangan,” katanya, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video sekumpulan remaja memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Tindakan itu menerima kecaman hebat daripada netizen yang menganggap kandungan berkenaan tidak beretika dan mengeksploitasi golongan terpinggir demi hiburan murahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button