BERITA SEMASA

MCMC rakam keterangan tiga pempengaruh

CYBERJAYA – Tiga individu dipercayai pempengaruh yang menyebarkan video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

“Kandungan tersebut dipercayai bersifat jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet, selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini,” kata MCMC, hari ini.

Tambahnya, sesi rakaman keterangan serta siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada hari ini.

Pihak MCMC turut menyita tiga telefon bimbit dan tiga keping kad SIM telah disita bagi membantu siasatan.

“MCMC akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif literasi digital melalui Kempen Internet Selamat (KIS), bagi membentuk masyarakat yang celik digital, beretika dan bertanggungjawab.

“Inisiatif ini turut menyemai budaya penciptaan kandungan yang berhemah, beretika dan beradab, selain meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai murni dalam ekosistem digital negara,” kata MCMC lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button