JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh dua beranak, suami direman tujuh hari

BUKIT MERTAJAM – Suami kepada wanita yang ditemukan terbunuh bersama anak perempuannya di Kampung Sekolah Juru, di sini semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Oktober depan itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suami mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang itu ditahan semalam untuk membantu siasatan, namun polis belum mengesahkan sama ada dia suspek utama kes tersebut.

Setakat ini polis juga belum mendedahkan sebarang butiran lanjut berkaitan motif pembunuhan berkenaan.

Sementara itu, difahamkan pihak polis turut menemukan sebilah pisau dalam semak berhampiran lokasi kejadian.

Laporan media sebelum ini menyebut mengenai penemuan jasad dua beranak dalam sebuah rumah sewa di Kampung Sekolah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Jasad wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah dengan keadaan kepalanya hampir putus manakala jasad anaknya ditemukan tertiarap berlumuran darah di tingkat atas rumah separa kayu itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button