Polis siasat insiden letupan mercun cederakan 7 individu termasuk kanak-kanak
ALOR SETAR – Polis sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak hospital berhubung dakwaan beberapa individu tercedera selepas terkena mercun bola di Tobiar, Pendang.
Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian difahamkan berlaku pada malam raya Aidilfitri itu menyebabkan tujjuh individu cedera dan dihantar ke Bahagian Kecemasan Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan, lapor BERNAMA
“Setakat ini, tiada laporan yang dibuat oleh pihak hospital atau mana-mana pihak yang lain. Polis akan ke hospital hari ini untuk mendapatkan butir-butir lengkap berhubung kejadian itu.
“Daripada hasil maklumat awal yang diperoleh nanti, laporan akan dibuat oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut. Maklumat lanjut berhubung kes ini akan dimaklumkan nanti,” katanya, hari ini.
Terdahulu, kejadian itu menjadi tular di media sosial apabila gambar didakwa mangsa yang cedera dengan keterangan gambar ‘tragedi pakar bom dari Tobiar, Pendang, Kedah..ujikaji custom mercun bola, tujuh mangsa beraya di hospital’ dimuat naik netizen.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






