JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Zara Qairina: Pasukan khas sahkan wujud unsur buli

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan wujudnya unsur buli.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, pasukan petugas khas telah menemukan keterangan yang menunjukkan insiden buli berlaku sebelum kejadian membabitkan Zara.

“Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan buli, namun sejak 11 Julai lalu, satu peruntukan khas telah diwujudkan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan bagi membendung perbuatan tersebut.

“Siasatan berhubung perkara ini masih dijalankan dan kami akan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button