JENAYAH & MAHKAMAH

17 pengarah syarikat direman, disyaki terlibat kartel tender Tentera Darat

PUTRAJAYA – Seramai 17 pengarah syarikat direman kerana disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

SPRM memaklumkan, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Mereka ditahan antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini.

Siasatan awal mendapati, kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button