BERITA SEMASA

SPRM Kelantan terima 107 aduan, 68 kes rasuah tahun lalu

Kota Bharu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menerima 107 aduan sepanjang 2025, termasuk 68 kes yang melibatkan unsur rasuah seperti memberi, menerima suapan atau salah guna kuasa.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, baki 39 kes lagi tidak mempunyai unsur rasuah.

“Daripada jumlah itu, 31 kertas siasatan awal dan 13 kertas siasatan lanjut dibuka.

“Sepanjang tahun lalu, 13 tangkapan dilakukan, membabitkan empat penjawat awam dan sembilan orang awam.

“Empat kes telah dibawa ke mahkamah, manakala lapan individu disabitkan kesalahan,” katanya pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media di Grand Riverview Hotel, di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Rosli berkata, pada 2024, SPRM Kelantan menerima 144 aduan, 45 siasatan awal dibuka dan 29 siasatan lanjut dijalankan.

“Sebanyak 17 tangkapan dibuat, melibatkan 10 penjawat awam dan tujuh orang awam.

“Sebanyak 15 pertuduhan dibuat dan 14 individu disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya lagi

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button