JENAYAH & MAHKAMAH

Pegawai penyiasat disyaki minta rasuah berkaitan kes dadah ditahan SPRM

SHAH ALAM – Seorang pegawai penyiasat agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor
selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk menolong melepaskan individu daripada tindakan undang-undang kes penyalahgunaan dadah.

Memetik laporan Sinar Harian, reman terhadap anggota terbabit dibenarkan selama tiga hari sehingga Sabtu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang Rabu.

“Suspek dipercayai telah meminta wang kira-kira RM3,000 daripada seorang individu yang datang berjumpa dengannya pada 18 November lalu susulan tangkapan melibatkan abangnya dalam satu kes penyalahgunaan dadah.

“Keesokannya, suspek telah mengarahkan individu terbabit untuk datang dengan membawa wang kira-kira RM1,500 serta mengambil abangnya yang ditahan sebelum itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi portal berita itu mengesahkan penahanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button