BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Enam termasuk jurutera awam, pemilik syarikat disyaki terlibat rasuah

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat disyaki memberi rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di negeri ini.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 40 hingga 70-an itu ditahan hari ini kira-kira pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari di beberapa lokasi dalam satu operasi khas.

“Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dilakukan pada tahun 2006 sehingga kini dan kontraktor yang terlibat membenarkan lesennya digunakan turut menerima komisyen sehingga 10 peratus daripada nilai projek berkenaan.

“Pada masa yang sama, jurutera awam tersebut turut menerima upah kerana membantu mendapatkan projek-projek jabatan berkenaan,” katanya.

Dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita sebuah kenderaan Proton X70, wang tunai berjumlah kira-kira RM450,000 dan barang kemas.

Sebahagian daripada wang tunai yang dirampas dalam operasi khas oleh SPRM Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri, Mahkamah Sibu dan Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak esok untuk permohonan reman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button