BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lima pegawai kanan ATM, wartawan antara 10 individu direman berkait penyeludupan

 

PUTRAJAYA – Seramai 10 individu termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dua wartawan media dalam talian, pengurus syarikat, kakitangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan seorang wanita warga asing direman kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 55 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang menerusi Op Sohor yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

“Pegawai kanan perisikan tentera terbabit dipercayai bersubahat dan membocorkan maklumat operasi kepada sindiket bagi mengelakkan tindakan penguat kuasa.

“Barang seludup yang dibawa masuk termasuk dadah, rokok dan pelbagai barangan dari negara jiran dengan nilai dianggarkan mencecah RM5 juta sebulan,” katanya.

kesemua suspek berusia antara 30 hingga 55 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang menerusi Op Sohor yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam

Sumber menambah, hasil risikan selama 12 bulan mendapati sindiket berkenaan membayar antara RM30,000 hingga RM50,000 kepada pegawai kanan tentera tersebut bagi setiap kemasukan barangan.

“Jaringan penglibatan pegawai berkenaan disifatkan besar dan kompleks,” katanya.

Dalam serbuan sama, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM63,000, beberapa bungkusan dipercayai dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras, serta senjata api tiruan.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut kesalahan rasuah serta aktiviti penggubahan wang haram.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button