BERITA SEMASA

Mutang Tagal dilantik Yang di-Pertua Dewan Negara

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu hari ini.

Beliau mengangkat sumpah ke jawatan itu pada pukul 2.10 petang di hadapan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau dicalonkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan calon tunggal untuk jawatan tersebut, lapor Malaysia Gazette.

Mutang, 69, merupakan Dayak pertama dari Sarawak menjadi presiden Senat dan seorang peguam.

Beliau berkhidmat dua penggal sebagai ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, sebelum kawasannya dimukimkan semula kepada kerusi Limbang dan Lawas.

Pada masa ini, Mutang ialah presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Orang Ulu dan konsul kehormat Romania di Sarawak.

Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara kosong selepas Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berundur untuk mengambil alih jawatan Gabenor Sarawak kelapan pada 26 Januari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button