BERITA SEMASA

Wan Saiful diminta hubungi SPRM selepas dakwa ditawar RM1.7 juta untuk sokong PM

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaanya yang menyatakan dirinya telah diugut supaya menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, beliau telah menerima kiriman mesej daripada pegawai SPRM selepas berucap pada Sesi perbahasan Titah Diraja hari kedua di Dewan Rakyat hari ini.

“Tak sampai satu jam selepas saya berucap, saya dapat mesej dari pegawai SPRM minta saya hubungi mereka. Saya akan patuhi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak yang identitinya tidak didedahkan kepada umum supaya memberi sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, pada 17 Januari lalu.

Beliau juga mendakwa ditawarkan habuan sebagai balasan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan, antaranya peruntukan wakil rakyat bernilai RM1.7 juta.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut mempersoalkan apakah tindakan yang akan diambil untuk menghentikan penggunaan wang rakyat sebagai ‘umpan’ kepada Ahli Parlimen Bersatu.

“Bukankah lebih baik jika wang itu digunakan untuk jaga kebajikan rakyat?,” soalnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button