Bekas menteri hadir semula ke SPRM, sambung beri keterangan
PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan pemberian wang tunai RM5 juta dan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini, hadir semula ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menyambung memberi keterangan.
Kenderaan berwarna putih membawa kenamaan terkenal itu dilihat memasuki pekarangan Ibu Pejabat SPRM, di sini pukul 10.01 pagi tadi, lapor BH Online.
Difahamkan, wartawan yang berada di hadapan Ibu Pejabat SPRM turut cuba mendapatkan reaksinya tetapi tidak berjaya.
Semalam individu berkenaan dilaporkan berada di Ibu Pejabat SPRM selama lebih tujuh jam untuk disoal siasat berhubung siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








